Wayang Kulit? Apabila memperkatakan tentang waang kulit, apa yang dapat saya gambarkan adalah satu bentuk hiburan yang popular pada zaman dahulu. Mungkin kerana kemunculan teknologi seperti televisyen, menjadikan masyarakat hari ini semakin melupai seni lakon wayang kulit ini. Selepas menghadiri kuliah dan mendengar penerangan dari En.Amran yang begitu arif tentang seni lakon ini, barulah saya dapat memahami bahawa seni itu tidak hanya terbatas kerana waktu. Kini, konsep yang digunapakai dalam wayang kulit telah diberikan nafas baru bagi menarik minat masyarakat kini. Ini dapat saya lihat pada tayangan Video 1,2,3 dan 4 yang diperlihatkan di dalam sesi kuliah. Pelbagai "messages" yang dapat disampaikan, dan bagi menarik minat golongan muda terutamanya, saya berpendapat agar cerita yang disampaikan tidaklah terlalu berat, biarlah ia berbentuk santai dan mudah difahami.
No comments:
Post a Comment